Paradox Interactive bersama dengan pembangun Colossal Order hari ini telah mengumumkan Cities: Skylines 2 akan dilancarkan sekitar tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler yang anda boleh tonton di bawah.

Ini merupakan permainan susulan untuk Cities: Skylines yang dikeluarkan pada tahun 2015, dan menurut Paradox Interactive – merupakan antara permainan simulasi pengurusan terlaris di dekad ini.

Maklumat lanjut mengenai permainan ini masih belum dikongsi, akan tetapi mereka mengatakan yang permainan kedua ini akan menyertakan sistem pengangkutan yang lebih baik dan untuk memastikan menjadi permainan ini bertahan lama, akan menyokong fungsi mod yang mendalam.

Sohor Kini