[Beberan] Siri TV The Last of Us – Episod 8

Perhatian: Ini adalah perbincangan untuk episod 8 bagi siri TV The Last of Us dan akan mengandungi beberan/spoiler penceritaan, oleh itu jika anda masih tidak tontonnya boleh elak dari membacanya. Jika ingin membaca ulasan penuh tanpa spoiler anda boleh ke pautan ini – Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama

Episod 8 bermula di satu komuniti yang sedang bertafakur di dalam sebuah ‘gereja’ yang kemudiannya dinyatakan mereka semua berada di situ untuk menginganti seorang yang baru sahaja mati meninggalkan isteri dan juga seorang anak perempuan. Mereka kemudian bertanya kepada seorang yang mungkin ketua ataupun paderi mengenai bila mereka boleh mengembumikan mayat tersebut.

Paderi yang bernama David tersebut mengatakan yang sekarang adalah musim sejuk menyukarkan proses untuk mengali tanah, mereka akan menanamnya apabila memasuki Musim Bunga. Namun, jawapan tersebut nampak mencurigakan kerana David dan seorang lelaki berbalas pandangan, lelaki tersebut adalah James lakonan Troy Baker yang merupakan pelakon suara untuk Joel di dalam permainan video.

Adegan kemudian beralih ke Joel dan Ellie, Joel masih lagi dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri. Ellie yang tampaknya kehabisan makanan telah mengambil senjata Joel untuk pergi memburu dan jelasnya dia masih tidak bersedia, tetapi berjaya menembak seekor rusa.

Namun, Rusa yang ditembak oleh Ellie telah dijumpai oleh David dan juga James yang pada waktu itu juga keluar memburu. Pada awalnya Ellie meminta untuk David dan James meninggalkan rusa tersebut, akan tetapi David kemudiannya menawarkan penukaran sesuatu yang Ellie ingin dengan rusa tersebut, menginganti mengenai Joel, Ellie meminta ubat untuk jangkitan kuman yang David bersetuju.

Semasa menunggu untuk James mengambil ubat yang diminta oleh Ellie, David duduk bersama Ellie, di dalam perbualan mereka, David telah memberitahu yang ada seorang lelaki telah membunuh orang di dalam komunitinya, dan mengatakan lelaki tersebut bersama dengan seorang kanak-kanak perempuan. Ini merujuk kepada jadian di dalam episod 7, semasa cuba menyelamatkan diri Joel telah membunuh seorang yang juga menikamnya.

James mempunyai peluang untuk menembak Ellie akan tetapi David melarangnya, sebaliknya memberitahu kepada James untuk memberikan ubat-ubatan tersebut kepada Ellie dan melepaskannya. Menggunakan ubat tersebut, Ellie merawat Joel.

Kembali ke komuniti David, penonton telah diberitahu yang, lelaki yang mereka memperingati pada awal penceritaan adalah Alec iaitu lelaki yang dibunuh oleh Joel. Mereka juga mengetahui yang David telah melepaskan Ellie, akan tetapi David memeberitahu yang mereka akan menjejak kedudukan Ellie yang akan membawa mereka ke Joel untuk membalas dendam ataupun membawa mereka ke “keadilan”.

Perwatakan David juga diperlihatkan dengan lebih lanjut sebagai seoarang yang mengetuai komuniti ini dengan tegas. Di dalam kesedihan, anak perempuan Alec iaitu Hannah telah mengatakan yang mereka perlu membunuh Joel, David telah menampar Hannah dan mengatakan yang dia sentiasa akan mempunyai bapa merujuk kepada dirinya dan seorang anak perlu menghormati bapanya.

David, James dan beberapa orang lagi telah menghampiri tempat Ellie dan Joel berada, disebabkan Joel masih lagi tidak senuhnya sembuh dan sedarkan diri, Ellie telah mengambil keputusan untuk membawa orang-orang tersebut menjauhi Joel. Namun, cubaannya tidak bertahan lama apabila dia terus ditangkap tetapi David bersungguh-sungguh inginkan Ellie untuk tidak dibunuh sebaliknya perlu di bawa ke komuniti mereka.

Sebelum orang-orang David menjumpai Joel, Joel telah sedarkan diri dan berjaya untuk mempertahankan diri. Kita juga diperlihatkan bahagian baharu untuk Joel yang terpendam sebelum ini, iaitu Joel yang ganas dan tidak berfikir dua kali untuk membunuh sesiapa. Joel dapat menangkap dua orang David dan berjaya mendapat tempat di mana Ellie ditangkap.

Ellie yang sedang berada di dalam ‘penjara’ di tempat komuniti David telah mendapati yang David telah memberi daging manusia untuk dimakan. David mengatakan yang dia perlu lakukannya agar mereka tidak berlapar. David kemudian memberitahu kepada Ellie yang dia mengagumi Ellie yang boleh berdikari dan ingin menjaganya.

Ellie berpura-pura menerima ‘kebaikan hati’ David akan telah mematahkan jari David, ingin membalas tindakan tersebut, David telah memangil James untuk membunuh Ellie tetapi Ellie menggigit David dan mengatakan yang dia telah dijangkiti dengan cordyceps. David dan James yang keliru dengan apa yang berlaku memberi peluang untuk Ellie membunuh James dan melarikan diri tetapi tidak dapat pergi jauh dan terperangkap di dalam satu rumah.

David telah mengurung Ellie di dalam rumah tersebut dan cuba untuk merogol Ellie akan tetapi Ellie berjaya untuk mengelak dan membunuh David tetapi telah mengalami trauma dengan apa yang berlaku sebelum dijumpai oleh Joel yang baru sampai ke tempat tersebut. Di dalam usaha untuk menenagkan Ellie, Joel telah memanggilnya ‘baby girl’ gelaran yang digunakan kepada anaknya Sarah.

Episod ini berakhir dengan Joel dan Ellie berjalan bersama untuk melarikan diri dari tempat tersebut.

Sohor Kini