Riot Games telah mengumumkan yang ejen baharu yang akan tiba di dalam Valorant adalah Gekko iaitu ejen yang berasal dari Los Angeles yang juga merupakan lokasi untuk VCT Champions 2023.

Anda boleh tonton treler pengumuman untuknya di bawah.

Gekko merupakan ejen di dalam kelas Initiator yang mempunyai kebolehan yang membutakan lawan, mencari lawan dan juga memerangkap lawan menggunakan serangan dalam bentuk binatang.

Berikut adalah kebolehan untuk Gekko;

  • Dizzy (E) – Gekko akan menembak Dizzy yang akan membutakan lawan.
  • Wingman (Q) – Gekko akan menembak Wingman yang akan mencari lawan dan meletup jika menjumpainya. Wingman juga boleh digunkan untuk memasang dan menutup bom.
  • Most Pit (C) – Gekko akan menembak Mosh yang akan bercambah untuk memenuhi sesuatu kawasan sebelum meletup.
  • Thrash (X) – Gekko akan menembak Thrash yang akan bergerak mengikut arahan Gekko untuk memasuki kawasan lawan sebelum meletup dan memerangkap lawan yang berada di kawasan tersebut.

Menariknya, selepas menggunakan mana-mana kebolehan di atas, setiap daripadannya akan bertukar menjadi globule yang boleh diambil untuk mendapat semula mana-mana kebolehan tersebut.

Gekko akan tiba bersama dengan musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 6 Act II yang akan bermula pada 8 Mac 2023.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini