Musim Baharu The Division 2 Kini Bermula

Ubisoft telah melancarkan musim baharu iaitu musim ke-11 untuk Tom Clancy’s The Division 2 dengan judul Reign of Fire. Musim baharu ini akan menjadi musim akhir untuk tahun ke-4 dan ditawarkan kepada semua The Division 2 Warlords of New York.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Bagi kandungan yang disertakan untuk musim baharu ini, dua kumpulan iaitu Black Tusk dan True Sons telah bekerjasama akan tetapi dengan Captain Lewis kini bersama dengan The Division, pertempuran baharu berlaku.

Sepanjang musim 11 ini, pemain akan mencari sasaran baharu iaitu Zachary “Stovepipe” Beattie yang telah direkrut oleh Black Tusk. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmestik iaitu 12 hiasan senjata, 11 dye untuk barangan dan dua topeng muka.

The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini