Valorant Umum Premier – Kejohanan Di Dalam Permainan

Riot Games telah mengumumkan yang Valorant akan menerima mod baharu iaitu Premier yang merupakan kejohanan secara terus di dalam permainan. Melaluinya, pemain boleh membentuk satu pasukan, akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan dan akan mempunyai perlawanan yang akan ditetapkan setiap minggu.

Pemain akan bertemu dengan pemain yang mempunyai kemahiran lebih kurang sama, pemain yang cemerlang di dalam Premier akan berpeluang untuk bertanding di peringkat Playoff dan menjadi terbaik di dalam kumpulan mereka.

Premier akan tiba secara beta pada kemaskini Episod 6 Act 3 dengan mod ini akan menjadi cara utama untuk melayakkan diri ke VCT Challenger Leagues.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini