FuturLab bersama dengan Square Enix Collective telah mengumumkan pelancaran kandungan baharu untuk Powerwash Simulator dan kali ini adalah kandungan berdasarkan Midgar iaitu lokasi utama di dalam permainan Final Fantasy VII.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Melalui penambahan ini, pemain boleh membersihkan lima kawasan berdasarkan Midgar antaranya adalah Seventh Heaven dan Mako Energy Exhibit bersama dengan kenderaan seperti Hardy Daytona dan Airbuster.

Penambahan ini adalah percuma kepasa semua pemain yang membeli permainan utama dan tidak mendapatkannya secara percuma seperti melalui Xbox Game Pass.

Powerwash Simulator sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini