Mobile Legends Professional League Musim Ke-11 akan bermula secara rasmi pada 10 haribulan ini, yang akan memperlihatkan perlawanan pertama di antara Team Haq melawan Homebois diikuti Team Secret melawan RSG Slate MY.
Seperti diumumkan sebelum ini, MPL kali ini akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan kemasukan akan mempunyai harga tiket yang sama iaitu RM10. Bagi yang ingin menonton perlawanan hujung minggu ini, tiket sudah mula dijual melalui laman Ticket2u.
Semasa penulisan ini, perlawanan pada 10 Mac ini, di antara Team Haq dan Homebois sudah habis dijual, manakala masih ada untuk Team Secret dan RSG Slate MY. B
Bagi perlawanan pada 11 Mac, tarikan utama iaitu pasukan Todak melawan Team SMG sudah habis dijual manakala Team Lunatix melawan Madness Esports, Red Giants Esports melawan RED Esports masih boleh dibeli.
Makala pada 12 Mac, perlawanan di antara Homebois melawan Team Secret, RSG Slate MY melawan Team HAQ sudah habis terjual manakala masih ada untuk Madness Esports melawan Team SMG.