Valorant Champions Tour 2023: Lock//In sudah berlangsung hampir 2 minggu dan menutup tirai pada awal pagi tadi dengan perlawanan akhir di antara Fnatic dan Loud berlangsung untuk menjadi pemenang pertama bagi kejohanan yang baru diperkenalkan ini.

Selepas 5 pusingan, Fnatic bukan sahaja mengalahkan juara Valorant Champions tahun lepas, tetapi juga tuan rumah dengan skor 3-2. Selaku pemenang Fnatic membawa pulang $100 ribu bersama dengan slot tambahan untuk benua yang diwakili oleh Fnatic iaitu EMEA.

Sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, Fnatic telah mengalahkan Sentinels, Furia Esports, 100 Thieves dan Natus Vincere.

Loud walaupun gagal mengambil kelebihan bermain di laman sendiri, membawa pulang hadiah tunai $60 ribu. Sebelum ke peringkat akhir, mereka mengalahkan Gen.G Esports, Karmine Corp, NRG dan DRX.

Riot Games juga telah mengumumkan yang Valorant Champions 2023 akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan Ogos ini.

Sohor Kini