Durioo, penyedia perkhidmatan penstriman dengan kandungan mesra kanak-kanak, baru-baru ini telah menyambut ulang tahun pertama, dan turut mengumumkan penerimaan dana pelaburan baharu berjumlah RM12.5 juta.
Selari dengannya juga, Durioo telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan sejumlah penawaran menarik kepada umum.

Salah satu perkara yang turut diumumkan adalah kerjasama dengan pihak Studio Kembara yang sebelum ini menerbitkan filem Mat Kilau. Durioo melalui kerjasama dengan pihak Studio Kembara, mengacah bakal hadir dengan animasi “Mat Kilau Jr” tidak lama lagi, sekaligus turut menyuntik semangat patriotik dan mendidik sejarah kepada kanak-kanak melaluinya.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan siri animasi ini.