Deep Silver dan Dambuster Studios telah berkongsi video baharu untuk Dead Island dan kali ini mereka memperlihatkan 15 minit video tatamain untuk permainan tersebut. Anda boleh tonton video tersebut di bawah (mungkin perlu dibuka di Youtube).
Di dalam video ini, diperlihatkan pemain mengawal Dani salah seorang watak di dalam permainan ini. Dani menggunakan pelbagai jenis senjata untuk melawan zombi yang juga mempunyai jenis-jenis berbeza seperti Walkers, Shamblers, Runners dan Apex.
Dead Island 2 akan dikeluarkan pada 21 April 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.