Respawn Entertainment telah mengumumkan acara masa terhad baharu untuk Apex Legends iaitu Imperial Guard Collection yang menyertakan barangan kosmetik baharu dan juga heirloom versi baharu untuk Wraith.

Imperial Guard Collection ini akan membawa 24 barangan kosmetik baharu yang boleh didapatkan menggunakan Apex Coins ataupun Crafting Metals selain daripada melalui kotak tikam Apex Packs.

Mengumpul kesemua barangan kosmetik ini akan memberikan kepada pemain heirloom untuk Wraith iaitu “Hope’s Dawn” yang menggantikan heirloom untuk Wraith diperkenalkan pada tahun 2019. Pemain yang sudah memiliki heirloom wraith perlu mendapatkannya sekali lagi dan boleh ditukar-tukar.

Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini, Respawn Entertainment juga telah memperkenalkan Mixtape yang akan membawa mod masa terhad dengan lebih kerap.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Apex Legends juga telah menerima versi mudah alih tetapi versi tersebut akan ditutup pada bulan Mei ini.

Sohor Kini