Sony Interactive Entertainment Singapura telah hadir dengan pemasangan khas di Bukit Bintang berhampiran dengan Lot 10 yang bertemakan Marvel’s Spider-man 2. Mereka telah meletakkan sebuah kereta yang dipenuhi dengan sesawang Spider-man.

Pemasangan ini adalah terbuka kepada semua bermula pada 1 sehingga 14 Mac (10 pagi sehingga 10 malam).

Bagi 100 pengunjungpertama mengambil gambar dan berkongsi di media sosial akan mendapat barangan PlayStation. Tambahan pada itu, semua yang berkongsi gambar juga berpeluang untuk mendapatkan Tshirt Uniqlo PlayStation. Pastikan setiap perkongsian tag @PlayStationAsia dan menggunakan tagar #LivefromPS5MY.

Pengunjung juga berpeluang utnuk mencuba konsol PlayStation 5 di Lot 10 dan juga UNIQLO Fahrenheit sepanjang dua minggu ini, tambahan pada itu, pembelian PS5 juga akan ditawarkan dari semasa ke semasa.

Ingin mencuba PS VR2? Sony Store di Lalaport juga telah menyediakan set demo untuk penggunjung mencuba secara sendiri.

Sohor Kini