Returnal adalah satu lagi permainan yang pada awalnya dikeluarkan secara esklusif untuk konsol PlayStation, dan bagi Returnal adalah untuk PlayStation 5, di bawa ke PC. Seperti beberapa lagi permainan lain – Horizon Zero Dawn, Days Gone, God of War, Returnal juga adalah satu permainan yang menerima port yang baik untuk PC, namun pada masa sama Returnal juga boleh dikatakan sebagai permainan yang paling laparkan kuasa PC anda berbanding permainan-permainan lain.
Selepas meluangkan hampir 30 jam bermain Returnal di PlayStation 5, saya meluangkan lebih kurang 10 jam untuk bermain di PC, dan saya boleh katakan pengalaman yang saya rasai adalah lebih kurang sama akan tetapi PC mempunyai beberapa kelebihan yang saya sendiri cuba dan beberapa kelebihan yang ada di atas kerta tetapi saya tidak dapat mencubannya sendiri.
Sebelum saya teruskan dengan berkongsi pengalaman Returnal di PC, bagi anda yang tidak pernah mencuba Returnal saya sudah mengeluarkan ulasan penuh untuk versi PlayStation 5, dan kebanyakan bahagian daripadanya adalah sama sahaja untuk PC. Oleh itu, anda boleh baca ulasan penuh untuk mengetahui secara penuh mengenai pendapat saya untuk permainan ini.
Baca: Ulasan Returnal – Mati Untuk Hidup, Hidup Untuk Mati
Namun, secara ringkasnya saya boleh katakan Returnal adalah satu permainan aksi pengembaraan yang sangat baik. Returnal mempunyai rekaan dunia, persekitaran dan juga perasaan yang benar-benar berada di kelas tersendiri. Tidak kira pertama kali saya memasuki kawasan, ataupun sudah yang berpuluh kali, Returnal masih lagi dapat memberi kejutan dan juga membuatkan saya kagum dengan rekaan pengalaman untuk permainan ini.
Bagi tatamain pula, Returnal adalah permainan rogulike selepas saya mati, tidak akan mengakhiri permainan ini, ataupun ‘game over’, sebaliknya saya akan bermula dari awal semula akan tetapi dari segi penceritaan saya masih lagi meneruskan perjalanan sebelum ini. Ini disampaikan melalui dialog dan juga segala penceritaan tambahan yang akan diperlihatkan. Seperti saya katakan di dalam ulasan penuh, roguelike bukanlah genre yang saya sukai, tetapi seperit permainan Hades, tatamain roguelike yang menarik ditambah lagi dengan rekaan dunia yang berkualiti menjadikan Returnal bukan sekadar satu lagi permainan roguelike.
Berbalik kepada versi PC, Returnal untuk PC membawa pelbagai kelebihan seperti kadar kelancaran tanpa had, menyokong papraan ultra-lebar termasuk juga 32:9, selain dapat mengguankan teknologi ray tracing yang lebih menyeluruh. Bagi prestasi pula saya boleh katakan untuk kebanyakan bahagian Returnal boleh dimainkan dengan baik akan tetapi akan ada beberapa bahagian yang prestasi akan jatuh mendadak terutama dengan Returnal adalah satu permainan yang saya panggil sebagai ‘sibuk’ kerana terdapat banyak partikel serangan di tambah lagi penggunaan bloom yang kerap.
Berikut adalah spesifikasi PC yang saya guna untuk bermain permainan ini;
Saya boleh katakan yang tetapan terbaik untuk PC saya adalah Medium dengan kadar kelancaran adalah melebih 80FPS, tetapi ada masa akan jatuh di bawah 60FPS. Oleh itu, untuk memberikan sesi permainan yang lebih stabil, saya menghadkan FPS kepada 60FPS sahaja. Ada beberapa dunia, ataupun apabila memasuki bahagian kedua permainan ini, prestasi akan menjadi lebih terjejas, oleh itu pengalaman pada awal sesi permainan mungkin tidak akan sama selepas memasuki ke kawasan-kawasan yang seterusnya. Saya juga cadangkan untuk apabila berlaku masalah kelancaran terlalu kerap untuk melakukan perubahan tetap sekali lagi.
Perkara yang positif mengenai memilih tetapan untuk Returnal adalah permainan ini menyediakan fungsi Benchmark yang sangat berguna dan membantu saya untuk mencari dan melakukan penukan bagi mendapatkan tetapan yang terbaik. Selain memperlihatkan purata FPS, penggunaan CPU dan GPU, fungsi Benchmark juga akan memperlihatkan perbezaan dengan keputusan yang sebelum ini, lebih memudahkan untuk saya membandingkan beberapa tetapan.
Secara amnya, saya boleh katakan yang Returnal memerlukan spesifikasi PC yang tinggi untuk mendapat kualiti grafik yang terbaik, akan tetapi walaupun mempunyai spesifikasi yang sederhana seperti PC yang saya gunakan, masih lagi boleh untuk mendapatkan pengalaman bermain yang baik walaupun kualiti grafik bukanlah yang terbaik.
Perkara seterusnya yang saya rasakan memberikan pengalaman yang berlainan dengan versi konsol adalah penggunaan papan kekunci dan tetikus. Returnal masih lagi antara permainan terbaik yang menggunakan fungsi terdapat di DualSense, terutama untuk getaran haptik dan juga picu penyesuai. Namun, apabila saya bermain permainan ini menggunakan papan kekunci dan tetikus, saya meraskaan pengalaman yang diberikan adalah lebih baik.
Oleh kerana itu saya berbelah bahagi untuk mengguanakan DualSense yang sepenuhnya disokong oleh Steam ataupun menggunakan papan kekunci dan tetikus, namun disebabkan saya sudah meluangkan masa yang lama bermain menggunakan DualSense di PS5, saya lebih memfokuskan papan kekunci dan tetikus.
Saya boleh katakan pergerakan adalah lebih baik, dan sudah semestinya pengalaman menembak juga lebih baik, kekurangan menggunakan papan kekunci dan tetikus, saya boleh katakan penggunaan Alt-Fire sahaja, di mana DualSense menggunakan fungsi picu penyesuai untuknya, manakala memerlukan butang tambahan di papan kekunci ataupun tetikus.
Jika anda memiliki DualSense dan tidak pernah mencuba Returnal, saya cadangkan untuk bermain menggunakan DualSense terlebih dahulu sebelum mencubannya menggunakan papan kekunci dan tetikus, sebelum menetapkan pilihan cara kawalan mana yang terbaik. Bagi saya secara peribadi, papan kekunci dan tetikus menjadikan permainan lebih baik.
Akhir kata, Returnal secara sendirnya adalah satu permainan yang sangat berkualiti, walaupun pemain akan meluangkan masa di kawasan yang sama berulang-ulang kali akan tetapi setiap daripadanya akan membawa pengalaman yang berbeza. Permainan ini adalah baik untuk yang menyukai cabaran, ini ditambah lagi dengan sejak dilancarkan Returnal telah menerima beberapa penambahan kandungan lain seperti Tower of Sisyphus yang memberikan kandungan dan cabaran tambahan.
Kualiti port untuk PC juga adalah baik walaupun memerlukan speasikasi PC yang agak tinggi untuk mendapat pengalaman terbaik, dan jika anda mempunyai PC yang baik, anda akan mempunyai masa yang baik bermain. Sudah menamatkan permaiann di PS5? Saya tidak merasakan mencubannya di PC adalah perkara yang diperlukan, walaupun bermain menggunakan papan kekunci dan tetikus adalah pengalaman yang lebih baik. Mempunyai PC spesikasi yang tinggi? Anda harus mencubannya sekali lagi kerana pengalaman secara keseluruhan akan menjadi lebih baik.
Tidak pernah mencuba Returnal sebelum ini? Ini adalah peluang dan mungkin versi yang terbaik untuk anda mencubannya kerana Returnal adalah satu lagi permainan untuk PC yang baik oleh PlayStation dan Housemarque bersama dengan Climax Studios melakukan satu kerja yang baik untuk permainan ini.
Penafian: Kod permainan Returnal untuk Steam disediakan oleh Sony Interactive Entertainment bagi tujuan ulasan ini. Returnal sudah dikeluarkan untuk PS5 dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.