Wild Rift 4.1 Membawa Dua Champion Baharu – Urgot Dan Twitch

Riot Games telah mengumumkan yang melalui kemaskini 4.1 untuk League of Legends: Wild Rift mereka akan membawa dua champion, barangan kosmetik dan juga acara baharu. Kemaskini ini akan mul tiba kepada pemain pada 16 Mac 2023.

Dua champion baharu yang dipekenalkan adalah Urgot, the Dreadnought dan juga Twitch, the Plague Rat. Urgot merupakan champion kelas Fighter manakala Twitch pula adalah kelas Marsman.

Selain itu, Riot Games juga mengumumkan kemaskini memfokuskan kepada kelas Tank yang akan membawa perubahan kepada barangan seperti Amaranth Twinguard, Mantle of the Twlfth Hour, Searing Crown dan Force of Nature.

Manakala bagi pemain yang telah mencapai tahap 40, pemain akan mula memasuki tahap “prestige”, dan akan mula mendapat “bintang” apabila terus meningkatkan tahap.

Bersama dengan kemaskini ini, Musim 9 juga akan bermula dan bersamanya akan memulakan Ranked dan juga Wild Pass untuk musim baharu yang setiapnya mempunyai pembaharuan tersendiri.

Bagi barangan kosmetik berikut adalah antara yang akan tiba sepanjang musim ini;

  • NOVA Morgana
  • NOVA Lee Sin
  • NOVA Lucian
  • NOVA Nasus
  • NOVA Riven
  • High Noon Urgot
  • Arcade Ezreal
  • Battle Boss Brand
  • Birdio Galio
  • Final Boss Veigar
  • Cosmic Lux
  • Dark Cosmic Lux
  • Omega Squad Twitch
  • Dawnbringer Karma
  • Dawnbringer Yone
  • Nightbringer Lillia

Terdapat tiga acara masa terhad yang akan tiba sepanjang musim ini iaitu Urgot’s Trivia, Card Trick Chaos dan Twitch’s Ambush.

League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini