Sloclap telah mengumumkan yang permainan aksi mereka Sifu akan menerima kandungan tambahan melalui Arenas Expansion. Melaluinya, terdapat 9 lokasi baharu dengan 45 cabaran untuk 5 mod permainan yang berbeza memberikan kandungan sehingga 10 jam tambahan.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang Sifu akhirnya akan dikeluarkan untuk Xbox Series dan Xbox One bersama dengan pelancaran di Steam. Sifu sebelum ini dikeluarkan untuk PlayStation, Nintendo Switch dan eksklusif di Epic Games Store untuk PC.

Penambahan ini juga akan dikeluarkan untuk semua platform kecuali Nintendo Switch yang akan menerimanya pada tarikh lain.

Sifu sebelum ini juga telah diumumkan akan menerima filem aksi nyata yang akan dihasilkan oleh penulis filem John Wick.

Sohor Kini