Mario + Rabbids Sparks of Hope Menerima Demo Dan DLC

Ubisoft telah mengumumkan yang permainan strategi Mario + Rabbids Sparks of Hope menerima DLC pertama bagi permainan tersebut iaitu The Tower of Doooom yang hanya boleh didapatkan melalui Pas Semusim untuk permainan ini.

The Tower of Doooom akan memerlukan Mario bersama dengan rakan-rakanya untuk memasuki satu menara bagi melawan konco-konco Cursa. Mario perlu melalui beberapa tingkat menara ini dengan setiap tingkat akan dihasilkan secara rawak memberikan pengalaman berbeza setiap kali pemain bermain.

Walaupun selepas pemain menghabiskan keseluruhan tingkat, pemain boleh bermain semula dengan tetapan yang berlainan.

Selain itu, Ubisoft juga telah mengumumkan demo percuma ditawarkan untuk Mario + Rabbids Sparks of Hope melalui Nintendo eShop yang membolehkan pemain untuk bermain bahagian pembukaan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Mario + Rabbids Sparks of Hope sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini