Obsidian Entertainment, Private Division dan Virtuos telah mengumumkan yang The Outer Worlds: Spacer’s Edition akan dilancarkan pada 7 Mac 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.
Edisi baharu ini akan menyertakan permainan asas The Outer Worlds bersama dengan DLC Murder on Eridanos dan Peril on Gorgon, selain menyertakan grafik yang lebih baik, sistem cuaca dinamik, peningkatan prestasi dan juga tahap maksimun yang lebih tinggi.
The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition ditawarkan dengan harga $59.99 bagi pemain yang sudah memiliki permainan asal dan juga kesemua DLC boleh dapatkan dengan harga lebih murah iaitu $9.99 di platform yang sama, bagi PC mesti di gedung permainan yang sama.