Ubisoft telah mengumumkan yang bersempena dengan pelancaran Anno 1800 di konsol, permainan tersebut boleh dicuba secara percuma buat masa terhad bermula pada 16 Mac sehingga 23 Mac 2023.

Sesi percubaan secara percuma ini ditawarkan di semua platform dan pemain boleh mengakses kandungan penuh. Kemajuan permainan juga boleh dibawa ke permainan penuh jika pemain membelinya selepas mencuba.

Anno 1800 adalah permainan strategi membina bandar yang sudah dikeluarkan untuk PC pada tahun 2019 dan akan tiba untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada 16 Mac 2023. Ubisoft juga telah mengumumkan yang setakat ini, permainan tersebut telah mempunyai 2.5 juta pemain.

Sohor Kini