Level Infinite iaitu penerbit permainan video di bawah Tencent Games bersama dengan Claz’room College yang merupakan intitusi pengajian multimedia kreatif telah mengumumkan kerjasama untuk mengembangkan lagi pembelajaran pelajar dan juga menyediakan peluang untuk mereka menggunakan bakat di dalam industri permainan video.
Melalui kerjasama ini, Level Infinite akan menghantar pembangun dari permainan terbitan mereka seperti PUBG Mobile untuk memberi bimbingan kepada pelajar dan juga orang awam. Selain itu, Level Infinite juga akan mengguankan hasil kerja pelajar Claz’room College untuk disertakan di dalam permainan mereka dan menyediakan kuota bagi latihan industri.
Acara pertama yang dianjurkan oleh Claz’room College dan Level Infinite adlaah 3D Zbrush Sculpting Workshop yang akan dianjurkan pada 25 Mac. Melaluinya perserta boleh belajar mengenai bagaimana sculpting dilakukan untuk permainan video dan juga penggunaan pencetak 3D.
Acara ini dibuka kepada semua dan pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.
Level Infinite setakat ini telah menerbitkan pelbagai permainan video seperti PUBG Mobile, V Rising, Tower of Fantasy, Alchemy Stars dan Chimeraland.