Apple Arcade telah mengumumkan senarai permainan yang akan tiba untuk perhidmatan tersebut sepanjang bulan ini. Permainan yang diumumkan adalah Osmos+, Cluedo: Hasbro’s Mystery Game+, dan Human Fall Flat+.

Osmos+ adalah permainan oleh Hemisphere Games dan akan tiba pada 17 Mac 2023. Osmos merupakan permainan berdasarkan fizik. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal motes dan ingin menjadi lebih besar dengan bergabung dengan motes-motes lain.

Cluedo: Hasbro’s Mystery Game+ pula adalah permainan berdasarkan permainan papan Cluedo yang memerlukan pemain mencari pembunuh di kalangan pemain-pemain lain. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan ataupun multi-pemain secara setempat dan juga dalam talian. Permainan ini akan tiba pada 24 Mac 2023.

Satu lagi permainan berdasarkan fizik iaitu Human Fall Flat+ juga akan tiba pada 31 Mac 2023. Human Fall Flat adalah permainan popular yang diterbitkan oleh 505 Games. Di dalam permainan ini, pemain perlu melalui pelbagai halangan dan boleh berkerjasama dengan rakan melalui sesi multi-pemain secara dalam talian.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini