Netflix bersama dengan The Pokemon Company telah mengumumkan Pokemon Concierge iaitu siri animasi berdasarkan Pokemon terbaru oleh mereka. Menariknya, siri ini menggunakan animasi dengan gaya gerak henti.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Menurut Netflix, siri ini adalah mengenai Haru adalah pemilik Pokemon Resort dan memfokuskan kepada interaksinya dengan pokemon dan juga pelatih yang mengunjungi resort tersebut.

Siri ini dihasilkan oleh Dwarf Studios yang bertanggungjawab untuk siri seperti “My Dad the Bounty Hunter” untuk Netflix dan “Monsters at Work” untuk Disney+.

Buat masa ini masih tiada pengumuman tarikh siaran yang dikongsi.

Sohor Kini