Bandai Namco dan pembangun FromSoftware telah mengumumkan yang DLC untuk permainan Elden Ring sedang dibangunkan dan menggunakan judul ‘Shadow of the Erdtree’. Buat masa ini masih tiada tarikh yang dinyatakan bersama pengumuman ini.
Kandungan baharu untuk Elden Ring yang menjadi permainan terbaik pada tahun lepas sudah semestinya dinanti-nantikan. Tambahan lagi dengan permainan ini adalah antara permainan yang paling berjaya untuk Bandai Namco dan juga FromSoftware dengan telah diedarkan melebihi 20 juta unit setakat ini.
Elden Ring sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.