THQ Nordic bersama dengan pembangun Nine Rocks Games telah melancarkan DLC untuk permainan simulasi memburu mereka Way of the Hunter. Dengan judul Aurora Shores, DLC ini membawa pemain ke kawasan baharu iaitu Alaska.
Antara haiwan liar yang boleh diburu melalui DLC ini adalah beruang Kodiak, elk Roosevelt, bison dan pelbagai lagi. Selain itu, kawasan Aurora Shores juga mempunyai rekaan yang pelbagai seperti puncak gunung, kawasan ini juga mempunyai keadaan cuaca yang berbeza.
DLC Aurora Shores ditawarkan dengan harga RM39 di PS Store dan RM26.75 di Steam, dan boleh juga didapatkan melalui Pas Semusim. Anda boleh baca ulasan kami untuk Way of the Hunter di pautan berikut – Ulasan Way of the Hunter – Simulasi Memburu Yang Realistik.