Luminous Productions telah mengumumkan yang bermula pada 1 Mei 2023, studio mereka akan melalui organisasi semula dan juga diserap masuk ke dalam Square Enix menjadikan mereka kembali menjadi studio dalaman.
Permainan yang baru sahaja dikeluarkan oleh mereka iaitu Forspoken akan terus menjadi fokus utama mereka dengan penambahan untuknya iaitu DLC “In Tanta We Trust” disasarkan tiba pada suku ketiga tahun ini.
Square Enix menubuhkan Luminous Productions pada tahun 2018, dengan menjadikan studio dalaman mereka iaitu Square Enix Business Division 2 sebagai studio luaran. Dengan perkembangan terbaru ini, mereka akan kembali menjadi studio dalaman.
Luminous Productions telah mengeluarkan dua permainan iaitu Final Fantasy XV dan Forspoken.