2K dan Marvel Entertainment telah melancarkan penambahan kedua untuk Midnight Suns yang menyertakan watak Venom, selepas watak Deadpool untuk penambahan pertama sebelum ini.

Di dalam penambahan berjudul Redemption, Venom ataupun watak manusianya Eddie Rock akan menyertai Midnight Suns. Bagi yang sudah bermain permainan ini, Venom adalah salah seorang watak jahat, melalui penambahan ini, dia cuba untuk memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukan semasa berada di bawah pengaruh Lilith.

Bersama dengan watak Venom, pemilik penambahan ini juga akan mendapat misi penceritaan, naik taraf untuk Abbey iaitu Whisper Web dan juga kostum dan pakaian baharu.

DLC ini akan ditawarkan kepada pemilik pas semusim tanpa bayaran tambahan ataupun dibeli secara berasingan.

Marvel’s Midnight Suns sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Marvel’s Midnight Suns – Permainan Strategi Yang Berkualiti, Mengecewakan Di Bahagian Lain.

Sohor Kini