Bethesda telah mengumumkan yang Shinji Mikami iaitu satu nama yang tidak asing lagi bagi permainan seram telah meninggalkan Tango Gameworks dalam masa terdekat.

Beliau menubuhkan Tango Gameworks bersama dengan beberapa orang pembangun pada tahun 2010 dan telah menjadi pengarah untuk The Evil Within dan Penerbit Eksekutif untuk The Evil Within 2, Ghostwire: Tokyo dan yang terbaru Hi-Fi Rush.

Tango Gameworks diambil-alih oleh Bethesda Softworks pada tahun yang sama selepas studio tersebut menghadapi masalah kewangan.

Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai apa langkah seterusnya untuk Shinji Mikami, dan Bethesda mengucapkan selamat dan berterima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan olehnya.

Shinji sendiri tidak memberitahu sebarang sebab, akan tetapi sebelum ini beliau juga meninggalkan Capcom selepas merasakan yang studio tersebut telah menjadi terlalu besar, mungkin ini adalah sebab yang sama.

Sohor Kini