Larian Studios telah mengumumkan yang Baldur’s Gate 3 akan dikeluarkan pada 31 Ogos 2023 untuk PlayStation 5 dan PC. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.
Treler diatas juga telah memperlihatkan Baldur’s Gate 3 Collector’s Edition yang menyertakan figura Mind Flayer, buku karya, dan juga barangan-barangan berdasarkan Magic the Gathering dan Dungeon and Dragons.
Larian Studios juga telah mengesahkan yang PlayStation tidak mempunyai hak eksklusif untuk permainan ini di konsol, akan tetapi mereka masih tidak bersedia untuk mengumumkan tarikh pelancaran bagi Xbox Series dan akan melakukannya di masa hadapan.