Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia hari ini telah melakukan pembentangan belanjawan untuk tahun 2023. Menjadikan pembentangan belanjawan pada September lepas, beberapa bahagian telah dikekalkan.
Antaranya adalah sumbangan sebanyak RM102 juta untuk Dana Kandungan Digital akan terus dikekalkan untuk mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih karya kreatif.
Selain itu, Kerajaan juga bercadang agar sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS diberikan potongan cukai.
Akhir sekali, Kerajaan juga menyediakan dana sebanyak RM25 juta ringgit bagi menyemark kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.