Skip to main content

Playground Games telah mengumumkan yang DLC penambahan seterusnya untuk Forza Horizon 5 adalah Forza Horizon 5 Rally Adventure dan akan dikeluarkan pada 29 Mac 2023. Penambahan ini akan memfokuskan perlumbaan rally dan juga menyertakan kawasan baharu iaitu Sierra Nueva.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Sierra Nueva adalah satu kawasan yang akan menyertakan pelbagai elemen perlumbaan luar jalan dan juga rally. Tempat ini juga akan menyertakan biom yang bersesuaian dengan perlumbaan dan juga aksi rally.

Seperti perlumbaan rally, pembantu pemandu juga kini disertakan yang akan memberi tahu laluan sesuatu litar. HUD juga kini diubah untuk menjadikannya lebih sesuai dengan perlumbaan rally.

Forza Horizon 5 Rally Adventure dikeluarkan pada 29 Mac 2023 ditawarkan dengan harga $19.99 ataupun bersama dengan Premium Edition dan juga Berkas Expansions. Forza Horizon 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply