Warner Bros Games melalui perkongsian dengan pelabur telah mengumumkan yang permainan Hogwarts Legacy telah diedarkan sebanyak 12 juta unit selepas 2 minggu dilancarkan. Permainan tersebut juga dikatakan telah menjana $850 juta untuk mereka. (Dilaporkan oleh Variety)

Hogwarts Legacy telah dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 10 Februari lepas dan walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, masih lagi satu permainan yang menerima pujian yang baik daripada pengulas dan juga pemain.

Permainan ini juga telah diumumkan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 April serta Nintendo Switch pada 25 Julai 2023.

Sohor Kini