Capcom ketika PlayStation State of Play telah berkongsi treler baharu untuk Street Fighter 6 yang memperlihatkan tatamain bagi tiga watak yang akan disertakan di dalam permainan iaitu Zangief, Cammy dan juga watak baharu Lily.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah

Ketiga-tiga watak ini adalah sebahagian daripada 18 watak yang akan disertakan semasa pelancaran untuk permainan ini menyertai Ryu, Jamie, Chun-Li, Guile, Kimberly, Juri, Ken, Blanka, Dhalsim, E. Honda, Dee Jay, Manon, Marisa, dan JP.

EVO 2023 sebelum ini telah mengumumkan yang Street Fighter 6 akan menjadi anatara permainan yang dipertandingkan di kejohanan tersebut.

Street Fighter 6 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 2 Jun 2023.

Sohor Kini