Awaceb ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan yang permainan Tchia mereka akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC.

Pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe juga akan mendapat permainan ini secara percuma melalui katalog permainan untuknya.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Tchia adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada penceritaan, aksi dan juga menyelinap. Ia akan menyertakan pelbagai watak menarik dan interaksi dengan pemain.

Di dalam pengembaraan dunia terbuka, pemain juga diperlihatkan boleh memasuki ke dalam badan haiwan dan mengawalnya. Fungsi “Soul Jumping” ini juga boleh dilakukan kepada benda, terdapat 30 haiwan dan benda yang boleh dikawal.

New Caledonia iaitu satu pulau di Oceania menjadi inspirasi kepada permainan ini yang menurut Awaceb, ramai pembangun mereka berasal dari pulau tersebut.

Sohor Kini