Enhance bersama dengan Tha ketika PlayStation State of Play telah memperlihatkan permainan terbaru mereka iaitu Humanity yang merupakan permainan tekaria yang menjadikan pemain sebagai anjing Shiba Inu.
Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.
Di dalam permainan ini, manusia sudah tidak mempunyai jiwa dan bergerak tanpa haluan. Datanglah anda seorang manusia yang bertukar menjadi anjing jenis Shiba Inu dan boleh mengawal pergerakan kesemua manusia untuk menuju ke satu cahaya.
Pemain akan melalui pelbagai tekaria menggunakan pelbagai cara untuk memastikan kesemua manusia ini dapat diselamatkan.
Humanity juga menyokong sesi permainan secara realiti maya melalui PS VR dan PS VR2. Permainan ini akan dikeluarkan pada bulan Mei ini untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.