Destiny 2: Lightfall Terima Treler Pelancaran

Bungie telah berkongsi treler pelancaran untuk Destiny 2: Lightfall iaitu penambahan seterusnya bagi permainan tersebut yang akan tiba secara rasmi pada 28 Februari 2023.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain memperlihatkan peperangan yang akan berlaku di antara Guardian dan The Witness, treler ini juga memperlihatkan sub-kelas baharu yang akan diperkenalkan iaitu Stand.

Sebagai persediaan untuk Lightfall, pemain juga boleh bermain penambahan The Witch Queen secara percuma bermula pada 23 Februari sehingga 26 Februari 2023.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini