5 Permainan PS VR2 Diumumkan Ketika PlayStation State of Play

PlayStation hari ini telah berkongsi State of Play terbaru mereka dan dengan PlayStation VR2 juga baru sahaja dilancarkan pada minggu ini, mereka telah mengumumkan lima lagi permainan untuk set kepala realiti maya tersebut.

Lima permainan yang diumumkan adalah seperti berikut;

The Foglands

The Fogland adalah permainan roguelike cereka sains. Permainan ini memfokuskan kepada permainan aksi menembak dan juga melee. The Foglands akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Green Hell VR

Green Hell adalah permainan ketahanan hidup oleh Creepy Jar yang sudah dikeluarkan sejak tahun 2019. Terbaru mereka telah mengumumkan versi realiti maya untuknya dan akan tiba sekitar tahun ini.

Synapse

Synapse adalah permainan aksi menembak yang dibangunkan oleh nDreams iaitu pembangun untuk permainan seperti Fracked. Permainan ini akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Journey to Foundation

Journey to Foundation adalah permainan aksi pengembaraan yang menjadikan pemain seorang perisik di kawasan angkasa yang bergelar The Periphery. Permainan ini adalah adaptasi kepada novel Foundation oleh Isaac Asimov yang juga merupakan sumber kepada siri TV di Apple TV+. Permainan ini akan dikeluarkan akhir tahun ini.

Before Your Eyes

Before your eyes adalah permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh GoodbyeWorld Games dan diterbitkan oleh Skybound Games dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2021. Permainan ini mempunyai penceritaan mendalam dan menggunakan teknologi penjejak mata. Versi VR akan tiba pada 10 Mac ini.

Sohor Kini