Razer telah mengumumkan kerjasama dengan jenama pakaian terkenal dari Jepun iaitu Evisu untuk hadir dengan koleksi pakaian dan juga barangan gaming bagi mengukuhkan lagi penawaran Razer yang memfokuskan gaya hidup berbanding sekadar menawarkan peranti.
Bagi koleksi pakaian, kerjasama ini hadir dengan Tshirt Razer | Evisu Daicock dengan harga $129 (~RM572), Hoodie Razer | Evisu Godhead dengan harga $295 (~RM1308), dan Seluar Jean Razer | Evisu Daicock dengan harga $449 (~RM1991).
Bagi barangan gaming pula mereka hadir dengan tetikus Razer | Evisu Orochi v2 dengan harga $99 (~RM439), mat tetikus Razer | Evisu Gigantus v2 dengan harga $49 (~RM217) dan papan kekunci mekanikal Razer | Evisu BlackWidow v3 dengan harga $199 (~RM882).
Koleksi ini akan mula ditawarkan pada 25 Februari melalui Razer.com.