Ubisoft minggu ini telah berkongsi perancangan mereka bagi kandungan tahun Ke-8 untuk permainan kompetitif Tom Clancy’s Rainbow Six Siege mereka. Antara yang diumumkan adalah tahun ini akan terus menerima empat musim dan empat operator bermula dengan Operation Commanding Force untuk musim pertama.

Anda boleh tonton perkongsian mengenai musim pertama ini di bawah.

Bagi musim pertama ini, mereka akan memperkenalkan operator dari Brazil iaitu Brava yang merupakan operator kelas Attacker. Selain itu, mereka juga akan menyertakan sistem untuk menghalang daripada pemain menggunakan papan kekunci dan tetikus semasa bermain di konsol.

Manakala melalui musim kedua, mereka akan memperkenalkan Operator dari Sweden, penghasilan semula peta Consulate dan juga memperkenalkan Playlist Arcade secara tetap. Musim ketiga akan menyertakan Operator dari Korea Selatan, penghasilan semula untuk Quick Match.

Musim keempat akan membawa Operator terakhir untuk Tahun Ke-8 ini dan merupakan Operator dari Portugal bersama dengan peta baharu.

Setiap musim baharu ini juga akan menyertakan Pas Semusim tersendiri dan bermula 20 Februari sehingga 20 Mac, pemain boleh dapatkan Pass Tahun 8 untuk mendapatkan keempat-empat Pas Semusim bagi tahun ini.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini