Tan Sri Michelle Yeoh adalah calon pelakon wanita Malaysia pertama disenaraikan untuk anugerah Oscar. Anugerah ini adalah untuk filem Everything Everywhere All At Once, di mana beliau berlakon sebagai Evelyn Wang.
Sempena menyambut pencalonan beliau, GSC akan menayangkan semula filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO) di pawagam bermula 9 Mac ini. Filem ini menerima 11 pencalonan, yang mana adalah cukup hebat memandangkan bajet dan produksi filem adalah sederhana berbanding filem Hollywood lain.
Bukan itu sahaja, GSC turut akan menayangkan semula filem Elvis lakonan Austin butler, yang mana filem ini pula menerima 8 pencalonan untuk anugerah Oscar. EEAAO juga merupakan antara satu-satunya filem A24 yang ditayangkan di Malaysia, kerana biasanya A24 tidak membawa masuk filem mereka ke pasaran tempatan.