Garena Buka Pendaftaran Untuk Sesi Beta Bagi Permainan Undawn

Garena telah membuka pendaftaran bagi pemain yang berminat untuk mencuba dengan lebih awal permainan terbitan terbaru mereka iaitu Undawn. Pendaftaran ini adalah untuk sesi beta tertutup dan boleh dilakukan melalui pautan ini.

Mereka juga telah mengumumkan yang sesi beta terbuka akan turut diadakan selepas beta tertutup sebelum pelancaran permainan ini sekitar tahun 2023 di Asia Tenggara. Sesi beta ini adalah untuk iOS dan juga Android.

Undawn adalah permainan mudah alih ketahanan hidup baharu yang dibangunkan oleh Lightspeed & Quantum Studios iaitu studio pembangunan di bawah Tencent. Undawn merupakan permainan berasaskan zombi dan akan menyertakan PvE dan juga PvP.

Garena ketika Garena World tahun lepas telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan tersebut ke pasaran Asia Tenggara termasuk juga Malaysia.

Sohor Kini