Bandai Namco hari ini telah mengumumkan yang permainan Elden Ring oleh FromSoftware Inc telah diedarkan sebanyak 20 juta unit selepas hampir setahun dikeluarkan, jumlah ini adalah termasuk jualan secara digital.
Elden Ring yang telah memenangi permainan terbaik tahun lepas ketika The Game Awards sebelum ini diedarkan sebanyak 17.75 juta unit pada November lepas, memperlihatkan penambahan 2.25 juta unit untuk tiga bulan yang lepas.
Pencapaian ini adalah tidak mengejutkan apabila Elden Ring adalah permainan genre ini dengan jualan tertinggi, juga permainan terlaris untuk FromSoftware dan juga Bandai Namco.
Elden Ring sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.