Microsoft sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan Nintendo sebagai perjanjian untuk membawa permainan Call of Duty ke konsol oleh Nintendo sekurang-kurangnya untuk 10 tahun. Mereka juga telah melakukan perjanjian yang sama dengan NVIDIA untuk perkhidmatan GeForce Now.

Melalui perjanjian ini, Microsoft akan menawarkan kesemua permainan PC mereka seperti Minecraft dan juga Call of Duty apabila proses ambil-alih selesai, di dalam perkhidmatan GeForce Now. Buat masa ini tidak disahkan jika Microsoft akan mengintegrasikan bersama Xbox Game Pass.

Melalui GeForce Now pemain boleh bermain permainan yang dimiliki oleh mereka tanpa memerlukan pemasangan, dan boleh diakses di pelbagai platform termasuk juga terus melalui TV.

Perjanjian dengan Nintendo dan juga GeForce Now ini sudah semestinya sebagai strategi oleh Microsoft untuk memperlihatkan yang mereka sentiasa terbuka dengan persaingan dan tidak akan menggunakan kedudukan mereka untuk mendominasi pasaran.\

Sama ada strategi ini berjaya untuk membolehkan pengambil-alihan Activision Blizzard, masih belum disahkan.

Sohor Kini