Blumhouse Production adalah studio produksi filem yang terkenal dengan filem-filem seram, sejak dibentuk pada tahun 2010 mereka telah hadir dengan pelbagai filem seram seperti The Purge, Insidious, Get Out, Fantasy Island, The Black Phone dan M3GAN.
Terbaru, mereka telah mengumumkan penubuhan studio penerbitan permainan video iaitu Blumhouse Games yang akan mengekalkan tema seram dan memfokuskan untuk menerbitkan permainan indie seram bagi konsol, PC dan juga permainan mudah alih.
Blumhouse Games akan diketuai oleh Zach Wood sebagai presiden yang sebelum ini terlibat dengan studio seperti Arkane Studios dan Santa Monica Studio. Don Sechler akan menjadi CFO. Buat masa ini masih tidak pengumuman mengenai permainan akan datang mereka.