Kejohanan permainan pertempuran Evolution Championship Series (EVO) kembali lagi tahun ini sebagai acara fizikal yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos di Las Vegas, Amerika Syarikat.

EVO 2023 juga telah berkongsi senarai permainan yang dipertandingkan di dalam kejohanan ini;

  • Street Fighter 6
  • Guilty Gear Strive
  • Dragon Ball FighterZ
  • Tekken 7
  • The King of Fighters XV
  • Melty Blood: Type Lumina
  • Mortal Kombat 11 Ultimate
  • Ultimate Marvel vs Capcom 3

Kebanyakan permainan yang tersenarai adalah permainan yang sama seperti EVO 2022 kecuali Street Fighter 6 yang merupakan permainan baharu untuk siri ini dan Ultimate Marvel vs Capcom 3 yang kali terakhir dipertandingkan pada tahun 2017.

Sohor Kini