PlayStation VR2 iaitu set kepala realiti maya baharu oleh Sony Interactive Entertainment telah dilancarkan secara rasmi hari ini. Jika anda masih tidak membacanya, kami sebelum ini telah keluarkan ulasan untuknya yang anda boleh baca di pautan ini.
Bersempena dengan pelancaran rasmi ini, SIE juga telah mengumumkan 10 lagi permainan yang akan akan tiba untuk set kepala tersebut menjadikan keseluruhan permainan yang diumumkan setakat ini melebihi 40 permainan.
Berikut adalah senarai permainan baharu yang diumumkan;
Sebelum ini lebih 30 permainan sudah diumumkan yang antaranya adalah Horizon Call of the Mountain yang anda boleh baca ulasan kami di pautan ini. Anda juga boleh lihat senarai penuh permainan yang diumumkan melalui gambar di bawah.