Brad Smith iaitu Presiden Microsoft hari ini telah mengumumkan yang Microsoft telah menandatangani perjanjian selama 10 tahun untuk membawa permainan Call of Duty ke platform oleh Nintendo, yang pada waktu ini merujuk kepada Nintendo Switch.

Di dalam perjanjian tersebut, Microsoft mengatakan yang Call of Duty akan dilancarkan untuk pemain Nintendo pada tarikh yang sama dengan Xbox dan akan mempunyai kandungan seperti Xbox dan juga PlayStation.

Pengumuman ini adalah susulan daripada pengumuman yang dilakukan oleh Phil Spencer pada akhir tahun lepas yang menyatakan komitmen untuk membawa siri permainan tersebut ke platform Nintendo. Pengumuman terbaru ini menjadikan komitmen tersebut sebagai satu perjanjian di bawah undang-undang.

Ini adalah berkemungkinan besar sebahagian daripada strategi Microsoft untuk memastikan proses pengambil-alihan Activision Blizzard mereka berjaya yang pada waktu ini tidak dibenarkan oleh Kerajaan UK dan Amerika Syarikat.

Sohor Kini