Curve Games telah berkongsi treler baharu untuk For The King II yang berjudul Resistance. Treler ini antaranya memperlihatkan Fahrul, 20 tahun selepas kejadian di dalam permainan pertama. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

For The King II merupakan permainan susulan untuk For The King yang dikeluarkan pada tahun 2017, permainan ini dibangunkan oleh IronOak Games. Seperti permainan pertama, For The King II adlaah permainan RPG yang menyertakan elemen strategi dan juga roguelike.

Buat masa ini permainan ini dijangkakan akan tiba pada tahun 2023 dengan masih tidak diumumkan tarikh tetap. Namun, anda sudah boleh meletakkannya di senarai hajat di Steam.

Sohor Kini