Bloober Team telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan seram mereka The Medium akan dilancarkan untuk semua komputer Apple yang menggunakan cip Apple Silicon iaitu M1 dan juga M2 pada suku ketiga tahun ini.
Ini termasuk Macbook Pro dan juga Mac Mini yang akan tiba tidak lama lagi dan menggunakan cip M2.
The Medium dikeluarkan pada tahun 2021 untuk Xbox Series dan PC sebelum turut dikeluarkan untuk PlayStation 5. Ia memfokuskan kepada Marianne yang mempunyai kebolehan untuk memasuki dan melihat dunia ghaib.
Kami pernah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini yang anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan The Medium – Permainan Sempurna Untuk Xbox Game Pass.
Sebelum ini, turut diumumkan yang The Medium akan menerima siri TV aksi nyata dengan kerjasama Platige Image.
Siri TV ini akan menerima Tomasz Bagińsk sebagai Penyelia Kreatif, beliau merupakan pengarah yang pernah menerima pencalonan Oscar melalui filem pendek animasi “The Cathedral”, yang turut dihasilkan oleh Platige Image. Tomasz Bagińsk juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk siri Netflix The Witcher.