Private Division bersama dengan pembangun Intercept Games telah berkongsi treler baharu untuk Kerbal Space Program 2 memfokuskan kepada tatamain akses awal bagi permainan tersebut.
Seperti diumumkan sebelum ini, Kerbal Space Program 2 akan ditawarkan secara akses awal bermula pada 24 Februari 2023 dengan harga pengenalan $49.99 (~RM221) melalui Steam dan juga Epic Games Store.
Kerbal Space Program 2 dibangunkan oleh Intercept Games iaitu studio yang ditubuhkan oleh Private Division untuk membangunkan permainan ini dan terdiri daripada bekas-bekas pembangun Star Theory iaitu pembangun untuk Kerbal Space Program.