Juara M4 Echo Memilih Chou Untuk Kostum Juara

Moonton telah mengumumkan yang Juara kejohahan terbesar Mobile Legends iaitu M4 World Championship, Echo telah memilih watak Chou untuk menerima kostum juara. Mereka akan bekerjasama untuk hadir dengan kostum ini.

Menurut Echo, mereka milih Chou kerana hampir kesemua ahli pasukan menggunakan watak ini semasa bermain dan Chou juga memainkan peranan penting di dalam kejuaraan mereka.

Echo pada bulan lepas telah mengalahkan Blacklist International di peringkat akhir M4 World Championship untuk menjadi pasukan Mobile Legends terbaik di dunia.

Tradisi kostum juara ini telah bermula dari M1 lagi dengan juara pertama iaitu EVOS Legends telah memilih Harith, diikuti Bren Esports yang memilih Lancelot dan Blacklist International memilih Estes. Chou akan menjadi watak kelas Fighter pertama menerima kostum juara.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini