Moonton sebelum ini telah mengumumkan perubahan format untuk MPL Malaysia, selain itu mereka juga telah mengumumkan yang kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2023 yang sebelum ini memfokuskan pasukan dari Asia Tenggara akan turut disertakan oleh tiga benua baharu iaitu Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dan Turki.
Dengan penglibatan benua baharu ini, MSC 2023 akan melibatkan 12 pasukan dari benua-benua berikut;
MSC 2023 akan dianjurkan bermula pada 10 Jun sehingga 13 Jun untuk Peringkat Kumpulan, diikuti dengan Pusingan Kalah Mati pada 15 Jun sehingga 17 Jun dan Peringkat Akhir pada 18 Jun 2023.